Bagaimana Perasaannya Bukan Lagi Berada Di Tempat Sendiri

Semasa melancong, kita akan menikmati walau sekecil-kecil perkara pun dalam kehidupan. Semua benda terasa bermakna walaupun kita pernah melihatnya di tanah air sendiri. Walau apa pun, semua perkara ini lah yang menyumbang kepada keseronokan melancong itu sendiri. Kita akan tersenyum lebar, melompat gembira atau menghela nafas lega. Apa pun yang kita rasa, kesemua keseronokan dan semangat ini boleh didapati dari mula kita memutuskan untuk melancong.

Kredit: We Are The Living

Saat anda tutup pintu di belakang anda dan maju ke hadapan dengan penuh semangat. Benar, ianya sedang berlaku, anda akan pergi bercuti! Baca Pengalaman Bercuti Di Perth Australia disini.

Mukasurat pertama tertulisnya pengalaman percutian anda dalam buku nota baru, khas untuk sesebuah negara tersebut. Pen dan kertas – barang yang hampir setiap pengembara ada semasa mengembara – atau mungkin laptop dan Internet. Daripada keseluruhan laporan perjalanan hingga ke nota individu, pengembara akan menyimpan maklumat pengalaman mereka untuk dikongsikan Bersama orang lain. Perasaan yang anda rasakan saat meletakkan pen di atas permukaan muka surat pertama pengambaraan anda adalah perasaan yang tidak dapat dilupakan.

Kredit: New Age Creators

Cuaca dan udara asing yang anda rasakan saat menjejakkan kaki keluar dari kapal terbang setibanya di negara orang. Tidak kira betapa panas, lembab atau sejuk sekali pun, ia pasti akan mengingatkan anda bahawa anda sebenarnya bukan berada di tempat anda lagi.

Sebaik tiba sahaja di negara asing, tibalah masanya untuk memenuhkan ruang telefon, kamera dan laptop dengan gambar-gambar! Muatnaik ke cloud storage jika memori sudah tidak cukup! Anda boleh menatapnya selama berjam-jam. Anda akan terus menyelami semua gambar walau hanya untuk melihat semula satu gambar. Kemudian dengan semangatnya menunjukkannya kepada semua orang yang anda kenal dan anda merasa sangat bangga – setting tempat, masa, pencahayaan dan warna semuanya sempurna!

Kredit: WYSE Travel Confederation

Terjumpa haiwan yang anda tidak akan dapat lihat di tempat anda. Sama ada melihat burung yang jarang dijumpai, haiwan liar seperti singa, gajah, badak sumbu, harimau bintang dan kerbau tanjung, atau hanya monyet kecil yang comel, mampu membuat anda merasakan seperti anda telah mencapai sesuatu semasa melancong, lebih-lebih lagi jika anda dapat berselfie bersama mereka.

Berkaki ayam di pantai pasir halus yang hangat. Walaupun tempat anda juga mempunyai pantai, tetapi perasaannya sangat lain apabila anda berada di tempat orang. Pemandangannya juga berbeza dan anda dapat menikmati alam semulajadi yang anda tidak pedulikan pun sebelum ini.

Gerai street food pertama yang anda jumpa. Saat anda terjumpa gerai makan pertama yang menjual makanan lokal dalam pengambaraan baru ini – perasaan; makan! Mood; 100% baik! Lebih-lebih lagi apabila makanan yang dijual adalah pilihan lokal sendiri, sedap dan disyorkan di blog-blog pengembara. Secara tak langsung negara ini telah mencuri hati anda.

Kredit: Enchanting Travels

7-Eleven. Ini fenomena sebenar, terutamanya di kalangan pelancong ke Asia. Selain hakikat mereka sentiasa beroperasi, kedai 7-Eleven menjual hampir kesemua perkara asas yang anda perlukan pada ketika itu. Ada sebab kenapa Wikipedia panggil 7-Eleven sebagai ‘convenience stores’.

Tertidur dalam ayunan hammock. Sambil berayun di atas hammock di antara pokok-pokok, anda menikmati udara segar hingga terlelap. Didodoikan dengan bunyi angin sepoi bahasa, burung berkicauan dan monyet berkomunikasi antara mereka di dalam hutan, atau bunyi suara orang keliling anda, perasaan aman ini lebih anda dapat rasakan semasa mengembara.

Kredit: EcoWorldly

Mandi di bawah air sejuk setelah seharian melakukan aktiviti. Setelah beberapa hari hiking, jungle-trekking, berkhemah dan kekurangan mandi, terasa sangat nikmat dapat mencuci rambut dan membilas semua debu dan lumpur. Lebih-lebih lagi jika di akhir aktiviti itu adalah kawasan air terjun atau sungai besar yang indah.

Mencari jalan pulang setelah puas menghilang ke negara orang. Anda akan berasa sangat excited semasa memulakan perjalanan, merasakan keamanan dengan bersuka-ria dan mendapatkan pengalaman yang berharga sepanjang perjalanan, dan kemudian pulang ke rumah dengan membawa semua perasaan ini. Perasaan seronoknya melancong itu anda akan kenang sampai bila-bila.