Barang Keperluan Traveller

Pertama kali hendak mengembara ke luar negara? Tertanya-tanya barang keperluan apa perlu pack untuk first big trip abroad ini? Packing hanya barang keperluan travel sahaja memang memeningkan kepala. Bagi yang tidak berpengalaman dan masih baru dalam dunia backpacking mungkin akan bawa beberapa kilo barang-barang yang tidak digunakan langsung semasa travel.

Kredit: Lifewire

Ada pelbagai jenis bag dan saiz. Anda perlu pilih bag yang sesuai dengan tempat dan tujuan anda ke sana. Gear yang anda pilih dan barang yang anda pack adalah mengikut destinasi, sebagai contoh island hoping dan snorkelling, serta hiking dan trekking. Cuaca dan musim juga perlu ambil peduli ketika mengemas barang.

Ianya akan terbahagi kepada bahagian-bahagian termasuk bagaimana untuk memilih bag yang sesuai (backpack atau suitcase), bagaimana untuk pack dengan lebih bernas, barang apa yang perlu ada semasa menaiki kapal terbang, keperluan untul travel yang adventure, dan barang elektronik apa yang patut anda bawa bersama.

Semasa memilih bag, anda perlu lihat tujuan utama trip anda. Kalau anda pergi bercuti, terutamanya bersama keluarga atau dengan tour group, bag pakaian (suitcase) adalah lebih sesuai. Anda akan berkongsi bilik penginapan dengan seseorang, dan anda mahukan segalanya tersusun. Ianya juga lebih mudah dibawa di lapangan terbang dan mudah disusun semasa menaiki bas/van. Ia lebih sesuai untuk trip pendek yang mana anda tidak perlukan barang yang banyak.

Untuk trip yang lebih panjang, bag galas (backpack) adalah lebih sesuai dan sangat berguna. Selalunya untuk trip yang panjang, anda tidak akan duduk di satu tempat sahaja, mungkin akan bertukar-tukar tempat penginapan. Bag galas boleh memuatkan lebih banyak barang, mudah untuk dibawa, mudah untuk bergerak sana sini, dan lebih selesa kerana kedua-dua tangan bebas. Ianya juga lebih mudah sekiranya pengangkutan yang digunakan adalah motorsikal.

Tidak kira mana-mana bag pun, anda perlu perhatikan berat bag anda. Berat hand luggage yang dibenarkan selalunya dalam lingkungan 7kg (Asia) ke 10kg (Europe)

Bag Galas (Backpack)

Backpack. Kredit: The Helpful Hiker

Saiz bag galas 33 liter ideal untuk saiz carry-on (hand luggage). Walaupun penuh, beratnya tidak lebih dari 10kg. Pastikan bag galas ada waterproof cover untuk lindungi bag semasa hujan atau semasa merentas sungai. Pastikan juga bag galas anda mempunyai pocket yang mencukup dan bahagian-bahagian tersembunyi.

Bag Baju (Suitcase)

Suitcase. Kredit: Yahoo News UK

Untuk bag baju pula, sekiranya tidak banyak barang bawa sahaja sebagai hand luggage. Boleh add-on additional luggage semasa pulang kerana barang-barang yang anda shopping di sana akan mengambil ruang. Juga pastikan bag tersebut cukup kuat untuk tahan tekanan. Sediakan padlock untuk memastikan keselamatan barang-barang anda.

Mengemas Dengan Lebih Kemas & Bernas

Packing Cubes. Kredit: Packer Hacker

Tidak ramai yang memanfaatkan packing cubes, tetapi ianya sangat berguna. Sebelum ini mereka menggunakan compressing pouch, bag yang memampatkan baju terutamanya untuk dimuatkan dalam bag baju supaya nampak tersusun. Dengan packing cubes, akan nampak kemas tersusun, baju tidak perlu dimampatkan, dan barang-barang lain tidak akan bercampur.

Cara berkesan yang memanfaatkan ruang secara effektif adalah dengan menggulung baju atau menggunakan packing cubes.

Selain bag galas dan bag baju, ada juga yang menggunakan Roll-up Travel Bag. Ianya digunakan dengan cara menggulung beg itu sendiri. Bag gulung ini ada beberapa compartment, jadi mudah untuk anda susun dan nampak lebih organized.

Barang Penting Dalam Kapal Terbang

Neck Pillow. Kredit: thesleepcaptain.com

Perjalanan dalam kapal terbang yang lama agak membosankan, jadi barang-barang ini penting untuk buat hidup anda (dalam flight tersebut) lebih selesa dan tak bosan. Antaranya adalah bantal travel, penyumbat telinga, eye mask, headphone dan kindle (e-book). Kalau bantal travel terasa besar, sekarang ada dijual neck pillow yang anda boleh simpan dalam bag (lihat gambar).

Keperluan Travel Yang Lain

Jenis dan banyak mana baju hendak dibawa perlu ikut cuaca, destinasi, dan tujuan trip anda seperti adventure atau bersantai. Antara lain ialah krim sunscreen, repellent terutama jika masuk hutan, tisu basah jika pergi camping trip. Selain itu barang-barang untuk adventure trip termasuk cermin mata gelap, plastic kering, first aid kit, lampu kepala, botol spray, bag kecil untuk berjalan-jalan sekitar, towel cepat kering, waterproof case untuk handphone, camping gear seperti khemah dan sleeping bag, dan padlock untuk keselamatan almari atau bag semasa meninggalkan tempat penginapan.

Barang Elektronik Lain

GoPro Karma. Kredit: slashgear

Paling penting adalah charger handphone untuk update fb dan insta. Seterusnya perlu ada universal charger sekiranya banyak bergerak ke tempat-tempat yang berlainan, travel laptop atau tablet jika perlu, GoPro, DSLR atau Drone untuk gambar yang menarik, portable wifi atau roaming, spare kabel usb, dan mobile phone dengan sim kad negara yang anda kunjungi.