Penjelajah & Pelancong Dunia.

Apakah beza tourist (pelancong) dan traveller (penjelajah)? Pastinya tidak ada banyak perbezaan yang ketara dalam dunia industri pelancongan kini. Tapi, yang mana lebih baik? Menjadi seorang tourist atau seorang traveller? Apakah perbezaan tourist dan traveller? Apa kelebihan dan kelemahan yang ada? Jadi, blog ini akan menceritakan sedikit sebanyak tentang perbezaan dan persamaan seorang pelancong dan penjelajah.

Setiap hari kita akan lihat peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara melancong, ada yang melancong bersama keluarga, ada yang bersama kawan dan ada juga seorang yang juga menjadi satu trend di dunia tourism pada hari ini.

Kebiasaanya, jika seseorang itu melancong bersama keluarga, pasti akan mengambil pakej pelancongan untuk memudahkan segala urusan, hanya perlu bayar untuk pakej dan tunggu waktu pelepasan ke destinasi yang ingin dituju. Segala urusan akan diurus oleh travel agency.

Kelebihan untuk mengambil agen pelancongan ini memudahkan untuk seseorang itu pergi bercuti dengan selesa tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan disana nanti. Tetapi menjadi satu kelemahan bila mereka ditipu oleh travel agency tersebut atau ada pembatalan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tak dapat bercuti.

Berbeza pula dengan traveller, mereka lebih suka membuat keputusan sendiri dari awal sampai akhir. Mereka akan lihat survey dan membuat research tempat-tempat yang menarik disana. Segalanya akan diurus sendiri. Ini menjadi satu kelebihan untuk seseorang yang jarang ada waktu untuk bercuti. Untuk solo traveller akan mempunyai banyak masa terluang ketika bercuti bersendirian dan tidak terikat dengan waktu rakan yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan tourist & traveller ini, pastikan anda baca artikel-artikel post kami nanti.